11
tip
[EMOSI DALAM LAGU] Kesederhanaanmu
ku mimpikan kedamaian
di dalam kesederhanaan satu kehidupan
ku rindukan kemesraan
bersama senyum keramahan tiap pertemuan
bila renungi hari yang berlalu
menyesali dosa yang berlaku
sering di bawah kesedaran diri
kesilapan serupa berulang lagi
waktu dan persekitaran
membawa kita meniti alam kedewasaan
dan bermula dari sini
tak mahu lagi membiar diri di ulit mimpi
sayang denganmu rela kutempuhi
suka duka kehidupan ini
hanya kesederhanaan dirimu
yang kuharap kau pertahankan selalu
di dalam kesederhanaan satu kehidupan
ku rindukan kemesraan
bersama senyum keramahan tiap pertemuan
bila renungi hari yang berlalu
menyesali dosa yang berlaku
sering di bawah kesedaran diri
kesilapan serupa berulang lagi
waktu dan persekitaran
membawa kita meniti alam kedewasaan
dan bermula dari sini
tak mahu lagi membiar diri di ulit mimpi
sayang denganmu rela kutempuhi
suka duka kehidupan ini
hanya kesederhanaan dirimu
yang kuharap kau pertahankan selalu
January 29, 2011 at 5:08 PM
salam..
adinda......
Rindu adalah tali yang tak pernah putus
Merentang di tiang hati, di tiang mimpi
Kadangkala di singgahi burung yang mengelakkan kabut
Pada pagi dingin yang mengaburkan sinar matahari
Rindu adalah tiang yang tak pernah tumbang
Tegak dilorong kehidupan, disepanjang labuh usia
Disitu tergantung lampu kenangan dan ingatan
Biarpun hari semakin tua dan kelam sudah bermula..
Rindu adalah lorong yang tak pernah tertutup
Dari musim ke musim ia menjadi laluan
Pengembara yang mencari cintanya yang hilang
Disitu rumput yang telah lama bertukar warna
Bunga dan daun silih berganti segar dan kuncup
Rindu adalah musim yang tak pernah tenteram
Resah datang gelisah berulang mengusik nasib
Hanya zikir dan doa menjadi penawar meredah pedih dan sakit
Dan sesekali puisi menjadi nyanyian yang mengharukan
Dalam senyap air mata perlahan-lahan menitik..
demi dugaan..
demi cinta..
ku korbankan apa saja..
p/s: memang hidupku penuh dugaan..
January 29, 2011 at 6:34 PM
balik kampung ke cuti
January 29, 2011 at 6:57 PM
wah...amy, amy...
rindu kat cik abg ye...
January 29, 2011 at 7:11 PM
adinda amy..kalau lama tak masuk sini pun..akak rindu..
January 29, 2011 at 9:01 PM
bila jauh, rindu le... kalau dekat, tak tahu lagi..
January 29, 2011 at 9:21 PM
to insan marhaen...
kalo dah dekat, lagilah tambah rindu..membuak-buak gitu...harapnya mcm tu... :)
January 29, 2011 at 9:23 PM
to kak erna...
saya pun rindu kat akak jugak...saling rindu merindu lah kite yeek..hehe
January 29, 2011 at 9:24 PM
to WR..
selalu rindu menjelma dalam hati walay setiap hari bertemu..haha
January 29, 2011 at 9:25 PM
to IMANSHAH..
erm...tak balik..tiket mahal bangat doww..
January 29, 2011 at 9:27 PM
to anonymous..
rindu itu syahdu
syahdu itu cinta
cinta itu manis
manis itu indah
indah itu jiwang
terima kasih utk puisi yg syahdu
January 29, 2011 at 10:57 PM
Amy...
salam buat cikgu amy yang rasanya tika ini sedang berada di langit ketujuh....
(tapi kenapa dalam bahasa inggeris disebut langit kesembilan??)
Akak pun suker lagu tersebut...