Pengikut Blog

25
tip
Hari Yang Indah Dalam Bulan Februari..Tetap Kekal Selamanya!  




di hari yang indah dalam februari yang dinanti
panjatan syukur seribu kasih sayang buatNya

k.e.r.a.n.a
masih mampu aku mengecapi nikmat dunia
masih mampu aku melihat gemilangnya cahaya mentari
masih mampu aku merenung kemilaunya kelip bebintang
masih mampu aku memandang redupnya warna rembulan
masih mampu aku menatap birunya wajah langit
masih mampu aku mendengar deruan si air laut
masih mampu aku melihat indahnya warna pelangi
semuanya masih mampu aku rasa dan rasa
terima kasih Ya Allah :)




terima kasih atas segalanya
teruskan kehidupan walaupun adakalanya penuh getir
dugaan demi dugaan datang silih berganti
menjadikan warna kehidupanku penuh sesak
dengan asakan gelora yang mengancam
adakalanya aku tersungkur sendiri
jatuh bangun sebuah kehidupan
hanya kesabaran dan ketabahan
menjadi penguat segala cabaran
hanya Allah mengetahui makna tersirat sebaliknya
terima kasih Ya Allah :)



hidup cuma sekali
benar kata itu
semoga di tahun ini penuh dengan kebahagiaan
menuntut sebuah kegembiraan dalam kegirangan yang panjang
tiada lagi kesedihan mahu pun gangguan
yang hanya melemahkan semangat kehidupan
semoga dengan kedatangan hari yang indah ini
mampu membuat aku tersenyum panjang
dalam melayari sebuah kehidupan yang masih bersisa
bersama selaut cinta, rindu dan kasih sayang
dengan yang tersayang

sanah helwah!




post signature

AddThis Social Bookmark Button


25 yang nak menambah: to “ Hari Yang Indah Dalam Bulan Februari..Tetap Kekal Selamanya!

A H L A N W A S A H L A N Y A H A B E E B E E . .

MyEm0.Com
 

Design by Amanda @ Blogger Buster