Pengikut Blog

0
tip
HIDUPKAN WAKTU MAGHRIB DENGAN SEMBAHYANG SUNAT AWWABIN  

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Waktu di antara dua sembahyang fardhu Maghrib dan 'Isya' adalah antara semulia-mulia dan seafdhal-afdhal waktu untuk dimakmurkan dengan amal ibadat serta menjauhi segala kelalaian dan kebathilan. Oleh kerana itu, elok benar jika ia diisi dengan amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala seperti membaca Al-Qur'an, bezikir dan lain-lain seumpamanya. Lupakan hiruk-pikuk dunia dengan segala macam perkara yang melalaikan!
Menurut ulama, antara amalan yang paling afdhal dikerjakan pada waktu tersebut ialah mendirikan sembahyang sunat. Sembahyang yang sunat dikerjakan pada waktu tersebut ialah sembahyang sunat Awwabin. Antara para sahabat yang dikhabarkan mengerjakan sembahyang sunat Awwabin ini antaranya ialah Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin 'Amru, Salman Al-Farisi, Abdullah bin 'Umar dan Anas bin Malik Radhiallahu 'anhum.
Apakah dia sembahyang sunat Awwabin itu dan bagaimana kaifiat mengerjakannya?
Siapakah Mereka Golongan Awwabin Itu?
Awwabin bermaksud orang-orang yang bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, penuh keikhlasan dalam ketaatan mereka terhadap-Nya dan meninggalkan kecenderungan serta dorongan hawa nafsu insani semata-mata kerana-Nya. Sembahyang ini dinamakan juga dengan nama sembahyang sunat Ghaflah kerana orang-orang yang mengerjakannya bertaubat, mengingati serta kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala tatkala orang lain lalai dari mengingati-Nya pada waktu tersebut kerana makan malam ataupun kerana kesibukan menyediakannya, tidur dan sebagainya.
Sembahyang sunat Awwabin ialah sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah. Ianya sunat dikerjakan selepas sembahyang fardhu Maghrib dan berakhir dengan masuknya waktu 'Isya' dan afdhal sembahyang ini dikerjakan segera setelah selesai sahaja dari mengerjakan zikir-zikir sembahyang fardhu Maghrib berserta Ba'diyyahnya. Selepas sembahyang Ba'diyyah, tambahkan lagi sembahyang dengan 4 sunat awwabin dengan 2 salam. Fadilat sembahyang sunat 6 rakaat atau sunat awwabin ini pada waktu Maghrib tanpa berbicara, pahalanya sama dengan kita beribadah selama 12 tahun.

AddThis Social Bookmark Button


A H L A N W A S A H L A N Y A H A B E E B E E . .

MyEm0.Com
 

Design by Amanda @ Blogger Buster