Pengikut Blog

0
tip
Makna Kehilangan  

cry Pictures, Images and Photos
Siapa yang tidak sedih ketika kehilang­an sesuatu yang berharga dalam hi­dup­nya? Seorang ibu menangis pedih ka­re­na kehilangan anak tunggalnya yang me­ninggal karena sebuah kecelakaan. Se­mua orang akan mengerti kepedihan ha­ti sang ibu dan memakluminya apabila sang ibu menangisi kepergian si anak se­demi­kian rupa.

Bicara tentang kehilangan, sesung­guh­nya tidak ada yang dapat menandingi ke­pe­dihan Ayub. Bayangkan, dalam seke­jap hartanya habis. Bukan hanya itu, ke­pe­­dihannya makin bertambah ketika se­mua anaknya pun tewas seketika, bahkan kesehatannya pun hilang. Dalam sekejap, Ayub, yang semula adalah orang yang ka­ya raya, menjadi orang yang sangat mis­kin. Dari orang yang memiliki anak menjadi ayah yang tanpa anak lagi. Dari orang yang sehat menjadi orang yang memiliki sakit borok di sekujur tubuhnya. Ditambah lagi dengan cibiran dari sang istri—orang yang seharusnya menjadi penolong dalam hidupnya. Kurang apa lagi derita yang dirasakan oleh Ayub? Namun yang luar biasa, da­ri mulut Ayub tidak keluar kata-kata keluhan, tetapi sebuah kata pu­jian, “Tuhan yang memberi, Tuhan yang mengambil, terpujilah na­ma Tuhan!” (ayat 21). Ayub sadar bahwa semua yang ia miliki bukan miliknya, melainkan milik Tuhan, sehingga tatkala Tuhan mengambil se­mua yang ada pada Ayub, Ayub tidak memprotes dan menuduh Tuhan sebagai tokoh yang kejam dan tidak adil.

Ada kalanya dalam hidup, kita mengalami kehilangan. Memang be­rat dan pedih jika kita mengalaminya. Namun, mari kita meman­dang semuanya itu sebagaimana Ayub memandangnya supaya kita da­pat menghadapi peristiwa kehilangan dengan tetap berpengha­rap­an.

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


0
tip
amal ibadat yg mampu menghapuskan dosa..;-)  

Semua insan Muslim mempercayai bahawa jika kita kembali kepada Alllah dalam keadaan tidak berdosa, maka kita akan mendapat syurga. Tetapi setiap insan pasti akan melakukan dosa kerana berbagai kelalaian dan hawa nafsu. Dengan itu kita memohon ampun, bertaubat. Tetapi ada beberapa cara lain di mana Allah ampunkan atau hapuskan dosa kita bila kita melakukannya.
Ibn Taimiyah telah menyatakan bahawa jika seseorang Islam melakukan dosa, maka ia dapat menghapuskannya dengan sepuluh sebab. Antaranya ialah melakukan kebaikan. Dipaparkan di sini amalan berhubung solat yang dijanjikan Allah dan Rasulullah SAW akan dihapuskan dosa apabila dilakukan amalan tersebut.
(1) WUDUK
Rasulullah SAW bersabda : "Jika seseorang Muslim atau Mukmin mengangkat wuduk, maka ketika membasuh mukanya, segala kesalahan kerana pandangan matanya keluar bersama-sama air atau bersama akhir ketitisan air. Jika dia membasuh kedua tangannya bersama air atau bersama akhir titisan air. Jika dia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah dosa yang dilakukan kedua kakinya bersama air atau bersama akhir titisan air, hingga dia bersih dari semua dosa." (Riwayat Muslim).
Rasulullah SAW bersabda : "Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan dan mengangkat darjat? Sahabat menjawab: Mahu Ya Rasulullah! Nabi SAW berkata: "Menyempurnakan wuduk pada waktu subuh yang dingin dan banyak melangkah ke masjid serta menunggu solat jemaah setelah solat sunnah. Yang demikian itu adalah ikatan kepada Allah." (Riwayat Muslim)
(2) AZAN
Azan adalah salah satu syiar Islam yang nyata dapat menghapuskan keburukan. Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang ketika selesai mendengar azan mengatakan : ‘Asyahadu an la ilaaha illallah wahdahu la syrikalalahu wa anna Muhammadan ‘abduhu wan rasulan wa bil Islami dinan. (Saya menyatakan tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa tanpa sekutu apa pun bagiNya. Saya menyatakan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Saya rela Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agamaku, maka dia diampuni dosanya." (Riwayat Muslim).
Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang azan itu diampuni dosanya sepanjang suaranya dan disaksikan oleh setiap (tumbuhan) yang kering dan yang basah. Orang yang menghadiri solat itu dituliskan 25 kali solat dan dihapuskan dosanya antara solat dengan solat berikutnya." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
(3) BERJALAN KE MASJID (Tempat solat)
Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa bersuci (wuduk) di rumahnya, kemudian berjalan ke salah satu tempat ibadah untuk melaksanakan salah satu kewajipan terhadap Allah, maka kedua langkahnya itu sebagai penghapus dosa dan langkah yang lain mengangkat darjatnya." (Ibnu Majah)
(4) SOLAT LIMA WAKTU
Rasulullah SAW bersabda : "Saya mendengar Rasulullah SAW berkata: "Bagaimana pendapatmu, jika ada sungai di depan pintu (rumah) seseorang di antara kamu dan dia mandi darinya lima kalis setiap hari, apakah ada kotoran yang tersisa darinya?" Sahabat menjawab : "Tidak tersisa sedikit pun kotoran darinya." Nabi Muhammad SAW berkata: ‘Demikian itu adalah perumpamaan solat lima waktu, yang dengannya Allah SWT menghapuskan segala kesalahan dan dosa." (Muttafaq Alaih)
(5) SOLAT JUMAAT
Hari Jumaat adalah terpenting dan paling utama dalam seminggu. Solat Jumaat menghapuskan keburukan dan dosa. Rasullullah SAW bersabda: "Barangsiapa berwuduk dengan sempurna, kemudian mendirikan solat Jumaat dan dia mendengar khutbah dengan tekun, maka terampuni dosanya antara hari itu dengan Jumaat berikutnya dan ditambahkan tiga hari. Barang siapa yang melengah-lengahkannya, maka tiadalah pahalanya." (Riwayat Muslim).
(6) MEMBACA AMIN
Rasulullah SAW bersabda : "Jika imam membaca amin maka bacalah amin. Sebab orang yang membaca amin bersama aminnya malaikat, maka dia diampuni dosanya yang telah silam." (Riwayat Al Bukhari)
(7) BANGUN DARI RUKUK (Iktidal)
Rasulullah SAW bersabda : "Jika imam mengucapkan: "Sami' allahu liman hamidah’, maka berkatalah: "Allahumma rabbana lakal hamd’. Sebab, siapa yang ucapannya bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia di ampuni dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukahri)
(8) QIAMULLAIL
Sesungguhnya qiamullail adalah etika dan pekerjaan orang-orang yang baik dan bahagia. Rasululullah SAW bersabda : "Lakukanlah qiamullail. Sebab qiamullail itu tradisi orang-orang yang salih sebelum kamu dan sebagai pendekatan kepada Allah, penanggal dosa dan penghapus keburukan serta mengusir penyakit dari badan." (HR Ahmad.Tirmizi, Hakim dan Baihaqi)
(9) SOLAT TAUBAT
Rasulullah bersabda : "Jika seseorang manusia melakukan dosa (kecil) lalu dia berwuduk dengan sempurna, mendirikan solat dua rakaat kemudian memohonkan ampunan kepada Allah, maka dia diampunkan dosanya. Lalu Nabi Muhammad s.a.w.membaca ayat ini: ‘Orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menganiayai dirinya, kemudian mereka ingat kepada Allah, lalu meminta ampun kepada Allah…" Dia diampuni dosanya." (Ali b. Abi Talib)


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


0
tip
kenapa Allah lagi suka org muda yg bertaubat berbanding org tua yg bertaubat eh??  

Bismillahir rahman nirrahim...Orang yang bertaubat ialah orang yang sedar akan kesalahannya, lalu mengadu kepada Allah dengan memohon keampunan. Manusia tidak sunyi daripada melakukan salah dan silap, maka perlu sentiasa memperbaharui taubat kepada Allah. Allah yang sifatnya Maha Penerima Taubat sentiasa menunggu permohonan taubat daripadahamba-Nya.
Maha bijaksana Allah mendidik hamba-Nya yang berusia muda agar gemar bertaubat, tidak menunggu usia tua kerana usia muda tidak menjamin seseorang untuk hidup lebih lama.Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa mengingati hal kematian dan berusaha untuk menyediakan bekalan untuknya. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa menjemput orang yang muda kembali kepada-Nya pada bila-bila masa mengikut ketentuan-Nya.Orang muda tidak dapat dinafikan mudah terdorong mengikut hawa nafsu yang merosak dan perkara maksiat. Ajakan hawa nafsu dan pengaruh persekitaran banyak membawa anak-anak muda ke arah keseronokan hidup di dunia semata-mata tanpa mengambil berat cara dan akibat perbuatan mereka daripada sudut pandangan agama. Agak sukar menemui orang muda yang memiliki ketekunan beribadah dan benar-benar beramal soleh.Oleh sebab itulah, Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat kerana kalau orang tua yang bertaubat, itu sudah menjadi sepatutnya dia berbuat demikian. Orang muda yang bertaubat sangat dicintai Allah kerana sejak usia muda sudah berusaha membersihkan diri dan mempunyai kesedaran yang mendalam untuk menjadi orang yang salih dan dekat dengan Allah.Ini juga tanda keteguhan iman ke atas kekuasaan Allah yang berhak mengambil nyawa hamba-hambaNya pada bila-bila masa.ALLAH berfirman yang maksudnya:Dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai (menyintai) orang-orang yang berbuat baik. (al-Baqarah: 195)Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik sahaja kerana dia sedar bahawa hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan. Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Alangkah baiknya jika kita mendapat kasih sayang Allah.Dalam sat hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya:Aku cinta kepada tiga jenis manusia. Tapi, aku lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu: Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tapi aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah. Aku cintakan orang yang rendah hati tapi aku lebih cintakan orang kaya yang rendah hati. Aku cintakan orang yang bertaubat tapi aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.Sesungguhnya, Allah masih membuka peluang seluas-luasnya kepada hamba-Nya untukbertaubat siang dan malam iaitu sebelum matahari terbit di sebelah barat (kiamat) dan sebelum nyawa sampai di kerongkong, di mana pada waktu itu pintu taubat sudah pun tertutup.


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


0
tip
Sejarah Ayat Kursi  

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w.. bersabda bermaksud:
'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.'
Sabda baginda lagi;
'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.'
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.....'


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


0
tip
HIDUPKAN WAKTU MAGHRIB DENGAN SEMBAHYANG SUNAT AWWABIN  

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Waktu di antara dua sembahyang fardhu Maghrib dan 'Isya' adalah antara semulia-mulia dan seafdhal-afdhal waktu untuk dimakmurkan dengan amal ibadat serta menjauhi segala kelalaian dan kebathilan. Oleh kerana itu, elok benar jika ia diisi dengan amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala seperti membaca Al-Qur'an, bezikir dan lain-lain seumpamanya. Lupakan hiruk-pikuk dunia dengan segala macam perkara yang melalaikan!
Menurut ulama, antara amalan yang paling afdhal dikerjakan pada waktu tersebut ialah mendirikan sembahyang sunat. Sembahyang yang sunat dikerjakan pada waktu tersebut ialah sembahyang sunat Awwabin. Antara para sahabat yang dikhabarkan mengerjakan sembahyang sunat Awwabin ini antaranya ialah Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin 'Amru, Salman Al-Farisi, Abdullah bin 'Umar dan Anas bin Malik Radhiallahu 'anhum.
Apakah dia sembahyang sunat Awwabin itu dan bagaimana kaifiat mengerjakannya?
Siapakah Mereka Golongan Awwabin Itu?
Awwabin bermaksud orang-orang yang bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, penuh keikhlasan dalam ketaatan mereka terhadap-Nya dan meninggalkan kecenderungan serta dorongan hawa nafsu insani semata-mata kerana-Nya. Sembahyang ini dinamakan juga dengan nama sembahyang sunat Ghaflah kerana orang-orang yang mengerjakannya bertaubat, mengingati serta kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala tatkala orang lain lalai dari mengingati-Nya pada waktu tersebut kerana makan malam ataupun kerana kesibukan menyediakannya, tidur dan sebagainya.
Sembahyang sunat Awwabin ialah sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah. Ianya sunat dikerjakan selepas sembahyang fardhu Maghrib dan berakhir dengan masuknya waktu 'Isya' dan afdhal sembahyang ini dikerjakan segera setelah selesai sahaja dari mengerjakan zikir-zikir sembahyang fardhu Maghrib berserta Ba'diyyahnya. Selepas sembahyang Ba'diyyah, tambahkan lagi sembahyang dengan 4 sunat awwabin dengan 2 salam. Fadilat sembahyang sunat 6 rakaat atau sunat awwabin ini pada waktu Maghrib tanpa berbicara, pahalanya sama dengan kita beribadah selama 12 tahun.


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


A H L A N W A S A H L A N Y A H A B E E B E E . .

MyEm0.Com
 

Design by Amanda @ Blogger Buster