Pengikut Blog

5
tip
Apabila Bas Meninggalkan Saya...  



perjalanan jauh tak kurasa...kerna hatiku melonjak sama....

dah lama sangat rasanya tak naik bas ekspress lah..almaklumlah, selalu dok naik 'belon' je. sesekali boleh naik bas ekspress, rasa seronok pulak. tapi yang tak seronoknya bila berlaku kejadian yang tak diingini seperti apa yang telah berlaku sendiri kat saya.. terjadi apa tu??? jeng..jeng..jeng.. haha

ceritanya bermula apabila saya nak balik dan rasa nak naik bas ekspress. tiket saya jam 9.30 malam.. saya datang awal rasanya jam 8.30 dah ada kat terminal.. bas kat terminal berpusu-pusu banyaknya. saya dah cuak dah time tu bila tengok jarum jam kat tangan dah nak 9.30 tapi my bus tak ada pun lagi kat terminal. selamba jer saya tunggu punya tunggu sampai ke jam 9.35 malam....tapi basnya still tak muncul gak..bas lain bersepahlah ada kat situ..saya dah cemas..gelisah tak tentu hala dah..maklumlah dah lama tak naik bas..dia punya gabra lain macam pulak..hehe

saya tak puas hati..terus gi kat kaunter bas tu. tanya akak kaunter tu..tp yang sadisnya dia kata bas tu dah jalan dah. baru je jalan katanya. saya punyalah terkejut tak tau nak kata apa. nak menangis segan pulak. orang ramai kat kaunter tu..hehe..nak tak nak, saya terpakse beli tiket baru. tiket bas jam 10.00 malam pulak. nasib baik masih ada seat kosong. kalo tak, memang tido kat terminal bas lah saya jawabnya..

akak kaunter tu siap pesan lagi kat saya suruh tunggu kat kaunter je..senang katanya. buatnya tertinggal bas lagi..sapa nak menjawab tu..nak mengejar bas, tak dayalah pulak. akak kaunter tu kata, kalo tiket bas kol 9.30 malam...kol 9.00 basnya dah ada dalam terminal..kol 9.30 tepat memang dia akan jalan terus..tak tunggu2 orang dah..tapi masalahnya, saya dok tinjau sana sini dalam kol 9 tu...takde pulak nampak kelibat bas tu..heran jugak..sedar-sedar dah terlepas..huhh!

tapi..malam tu bukan saya sorang je yang terlepas bas tu. adelah dalam 2-3 orang lagi yang terlepas bas yang sama jugak. tak tahu lah nape..takde rezeki saya nak naik bas 2 tingkat tu gamaknya..bas yang kol 10 tu...setingkat aja..tapi alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi jugak akhirnya...hehehe..

inilah pengalaman yang saya dapat..tak pernah lagi sepanjang hayat hidup saya ketinggalan bas.. saya yang meninggalkan bas selalulah..tak pulak bas meninggalkan saya..hahaha...kali ni, nasib tak baik...bas pulak tinggalkan saya ..terkapai-kapai blur macam nak nangis..hehe...





post signature

AddThis Social Bookmark Button


5 yang nak menambah: to “ Apabila Bas Meninggalkan Saya...

  • Anonymous
    December 17, 2010 at 2:43 PM  

    salam..

    sikap tak profesional pengurusan bas tu sangat dikesali...

    sepatutnya kena tunggu dululah..tak pasal2 kena tinggal bas..dah rugi 2 tiket kena beli..sape nak tanggung kerugian tu..

    nasib baik tak apa2...alhamdulillah.. kalau kena pada saya pun cemas jgk..

  • AzwaZynal
    December 17, 2010 at 2:58 PM  

    kena jadikan pengajaran ni.

    saya hari tu lain pulak kisah nya. bas tu taknak hantar ke destinasi yang patut dituju. dia kata salah kaunter tiket pulak sebab jual tiket pegi situ. adoi mcm nak jerit je rasa masa tu..

    yang sedihnya, terpaksa lah turun dekat highway, sebab bas tu taknak hantar ke terminal. :( mujur ada yang nak datang amek. kalau tak, memang nak saman syarikat bas tu ahaha

  • AmirFX
    December 18, 2010 at 12:41 AM  

    O tedah... Nasib sik tdo d sia.. Ada juak peneman org d kaunter ya kelak mun ktk tdo d sia... haha...

  • Idalara
    December 18, 2010 at 10:44 PM  

    tulah org biasa naik belon je..tak mcm akak ni..bas tu pengangkutan utama dan wajib...alhamdulillah tak penah lagi kena tinggal..

    p/s amy nak kemana dari mana naik bus express tu...ke utara?selatan?tengah atau N9 :))

  • alizankamar
    December 19, 2010 at 10:06 AM  

    Hehehe
    kesian cik amy

A H L A N W A S A H L A N Y A H A B E E B E E . .

MyEm0.Com
 

Design by Amanda @ Blogger Buster