Pengikut Blog

4
tip
Jalan-Jalan Sambil Makan-Makan Di Satok..  



hari tu saya menemani bff pusing-pusing ke satok. lagi pun memang dah lama sangat saya tak singgah ke sana.. maklumlah masa membataskan segalanya..busy dengan tugas-tugas seharian..dan adakalanya tiada apa yang hendak dibeli kalo saya ke sana pun..hehe..



jadi..hari tu sebab dah tak tahu nak kemana dah..saya mengajaknya ke wisma satok. window shopping sajalah...tiada apa yang hendak dibelikan buat masa sekarang. semua barang tak berkenan di hati..hehe..

lagi pun..cuaca pada hari tersebut panas terik pulak...membahang rasa..kalau tak, memang hujan saja memanjang..sampaikan nak keluar kemana-mana pun payah bebeno. nasiblah time tu tak hujan..walaupun panas terik, hati tetap cool...hehe

begitulah suasana di satok lebih kurang. kepada sesiapa yang belum pernah datang ke satok, welcome to satok with big smile...hehe..kalo nak beli ikan terubuk masin, di sinilah medannya..banyak pilihan..saya selalu order ikan terubuk masin bawak pulang ke kampung..di sinilah..di pasar tamu..tak jauh dari wisma satok tu..

cerita makan-makan, tunggu next entry pulak yawww.. :P




post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


10
tip
Hari Yang Memenatkan Tetapi Saya Puas Dan Gembira Tiba-Tiba Muncul Dalam Hati..  



hari ni seharian saya tak menjengah alam maya
kalo tak memang setiap hari setia bersama
walau pun dalam keadaan line yang sengal
tapi hari ni memang tak dapat nak menjengah langsung
nak tengok laptop pun tak sempat
banyak kerja yang harus dikerjakan hari ini

dah settle kerja yang berkaitan tu
barulah dapat sambung kerja blogging pulak :)
sebab tu lah saya update nih
bukan ada nak cerita apa sangat pun
just nak bagitahu yang saya sibuk je hari ni
eehhh, ada orang kisah ke kau sibuk ke tak pun
its ok kalo takda sapa yang kisah
just nak kongsi, tiada maksud apa-apa

walaupun badan letih dan lesu
tapi saya rasa gembira
gembira kenapa?
adaaaaaa lah... :)





post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


9
tip
Kenangan Manis Bila Dapat Bersua Mata Dengan Perdana Menteri Kita..  



hari ahad yang lepas kan

saya berpeluang bertentang mata

dengan perdana menteri kita

Y.A.B DATUK PATINGGI MOHD NAJIB TUN HJ ABDUL RAZAK

first time jumpa PM secara live..hehe

so, rasa membuak-buak nak pergi

bila mendapat jemputan ke satu majlis

dimana PM dtg merasmikan pembukaan bangunan sekolah

alaaa...yang keluar buletin utama hari tu laa..

perasmian bangunan sjk chung hua yang baru

semua sekolah sekitar kuching dijemput untuk memeriahkan suasana

dan saya tidak melepaskan peluang itu

walaupun menunggu PM datang selama 3 jam

PM berucap kat main stage tak sampai setengah jam pun

menunggunya saja yang lama..sabar je lah :)

demi nak jumpa PM..sanggup tunggu walaupun lama..ewah

lagi pun memang takda nak kemana sangat pun hari tu

bila lagi nak tengok secara dekat kan? :P


inilah gambar PM yang sempat saya amik

punyalah susah nak amik gambarnya

bodyguard keliling pinggang huyyoo.. :P

walaupun jarak saya dan dia memang dekat

tapi orang tersangat ramai..nak amik gambar pun payah

sibuk dengan kepala orang je :P

akhirnya, inilah hasil yang mampu dibuat

gambar yang dekat tapi tak memuaskan hati saya

tak pe lah, dari tak dapat amik langsung kan?


sepatutnya di hari perasmian tu

ketua menteri sarawak pun kena datang juga

dalam hati memang nak tgk pengantin baru ni :)

Y.A.B PEHIN SRI HJ ABDUL TAIB MAHMUD

secara dekat tapi sayang sekali

beliau tak dapat hadir atas sebab tertentu

tak apa lah..hasrat tak tercapai

mungkin di majlis yang lain barangkali

apa yang penting

dah jumpa PM secara dekat

korang pernah jumpa? :P






post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


12
tip
Tipah Tertipu.............Tapi Saya Bukan Nama Tipah Tau..Hehe  



kau tipu aku ye OREO!


hari ke dua persekolahan bagi diri saya
masih tetap sama..tiada apa yang berubah
tapi nak kata tak berubah langsung tu..
ehh ada lah jugak perubahannya
walaupun jawatan yang dipertanggungjawabkan tu
masih ada yang sama tapi..
tahun ni taklah sesibuk tahun yang sudah

hari ni sejak pagi bawak ke malam
hujan rintik dari langit tuhan
mencurah-curah di mana-mana
sejuk saja bumi tuhan hari ni

tapi..hati pemilik blog ni *sayalah tu :P*
masih suam-suam hangat gitu
bukan kerana kisah di sebalik entri semalam
tetapi berlaku kisah lain pula hari ni
ehh macam-macamlah..dunia..duniaaa
hidup manusia memang tak dapat lari
dari menanggung semua ni
kalo tak hari ni..mungkin esok atau lusa
ada saja dugaan hidup yang menimpa
samada kecil atau besar
terpaksa juga menghadapinya
selagi nyawa dikandung badan
selagi itulah dugaan bersilih ganti
datang dan pergi

tapi bagi saya secara peribadi
dugaan hari ini kecil saja
dugaan apakah itu, biarlah rahsia :)
tapi saya lega sedikit
bila saya ceritakan di sini
dan ada yang sudi membaca luahan saya
terima kasih saya ucapkan..
tapi jangan pula ada yang kata
itu pun nak kecoh kat blog ke?
oppss..tidakk :)

eehhh
apa pulak saya melalut meraban nih
saya sebenarnya bukan nak taip pasal hal ni
tapi saya nak bagitahu korang
yang saya dah kena tipu hari ni
ai tertipu yu
ala-ala tipah tertipu gituu.. :P
sapa yang tipu sapa ni??
makcik tu laa..dia tipu saya pasal oreo ni haa
mati-mati saya ingatkan
bahawasanya biskut OREO ada yang besaaaa punya
alaaah macam gambo bahan bukti atas tu ha
beriye je makcik tu kata..makanlah makanlah
tengok dari jauh memang ye ye o je
sekali bila dah dtg tengok dekat
aiii...tipah tertipuuu wesss
rupanya bekas tempat letak ceklat!!





post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


11
tip
Milik Siapakah Kucing Ini?  



uikss..ada 4 ekor kucing dalam gambar di atas

sebenarnya ada 5 ekor

tapi tak tahu sekor lagi dok lepak kat ne!

lokasi pengambaran adalah di belakang rumah sajo :)

situasi ini berlaku secara tidak sengaja

apabila saya duduk bersantai-santai sambil berborak

dengan kaum sepapat dan seangkatan dengannya

dan...tiba-tiba..

ternampak 4 ekor kucing yang agak comel ini

sedang landing santai baiiikkk punya kat belakang rumah

dan saya apalagi

sebagai jurugambar yang tak bertauliah

segera melakukan kerja-kerja pengambaran

aksi si kucing yang comel dan cute nih

tapi kan..

saya ada tanya gak ahli rumah kat sini

MILIK SIAPAKAH KUCING INI?

* tetiba teringat lagu milik siapakah gadis ini *

tapi semua orang cakap

tak tahu..entahlah..dop tahu aku gop!

kerana bak kata dorang

memang sejak dulu lagi

memang kucing-kucing tu dah ada

tak tahu siapa yang hantar kat rumah ni

nak dibuang..kesian

jadi...kami biarkan sajalah

kucing-kucing itu bersuka ria kat sini

asalkan depa tak buat hal

tak berak sana sini

setakat ni..ALHAMDULILLAH

semuanya berkelakuan baik dan terpuji *ewaahh*




post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


8
tip
Terjah Mydin KK Yang Besarrrrr Punyaaa..  


mydin kubang kerian yang besauuuu...hehe

ini kisah petang semalam sebenarnya...tapi baru hari ni masuk blog. semalam, saya keluar pusing-pusing sekitar bandar KB saja..beli barang apa yang patut. kalo saya pegi KB...memang tak sah kalo tak berenti makan di gerai kak pah kat MPKB tu..tak cari gerai lain lagilah sebab dah serasi dan sejiwa dengan rasa menu masakannya yang sedap dan pelbagai tu...pilih je nak makan apa..semuanya ada..

on the way nak balik tu...saya singgah sekejab di mydin KK. orang kat KK ni memang tak nak jengah dah mydin KB sebab mydin KK lebih besar dan lebih macam-macam ada...hehe..saya pun pertama kali singgah di mydin KK rasa terpegun lak seketika..yelah, satu bangunan besar mydin punya hohh..hehehe..maju!




p/s: hari ni buat tomyam ayam dan sup cendawan..sedap!!

p/s/s: hari ni hujan turun sejak dari pagi sampai laaa ni..isshh, terbantut agenda saya nak ke pantai..




post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


5
tip
Apabila Bas Meninggalkan Saya...  



perjalanan jauh tak kurasa...kerna hatiku melonjak sama....

dah lama sangat rasanya tak naik bas ekspress lah..almaklumlah, selalu dok naik 'belon' je. sesekali boleh naik bas ekspress, rasa seronok pulak. tapi yang tak seronoknya bila berlaku kejadian yang tak diingini seperti apa yang telah berlaku sendiri kat saya.. terjadi apa tu??? jeng..jeng..jeng.. haha

ceritanya bermula apabila saya nak balik dan rasa nak naik bas ekspress. tiket saya jam 9.30 malam.. saya datang awal rasanya jam 8.30 dah ada kat terminal.. bas kat terminal berpusu-pusu banyaknya. saya dah cuak dah time tu bila tengok jarum jam kat tangan dah nak 9.30 tapi my bus tak ada pun lagi kat terminal. selamba jer saya tunggu punya tunggu sampai ke jam 9.35 malam....tapi basnya still tak muncul gak..bas lain bersepahlah ada kat situ..saya dah cemas..gelisah tak tentu hala dah..maklumlah dah lama tak naik bas..dia punya gabra lain macam pulak..hehe

saya tak puas hati..terus gi kat kaunter bas tu. tanya akak kaunter tu..tp yang sadisnya dia kata bas tu dah jalan dah. baru je jalan katanya. saya punyalah terkejut tak tau nak kata apa. nak menangis segan pulak. orang ramai kat kaunter tu..hehe..nak tak nak, saya terpakse beli tiket baru. tiket bas jam 10.00 malam pulak. nasib baik masih ada seat kosong. kalo tak, memang tido kat terminal bas lah saya jawabnya..

akak kaunter tu siap pesan lagi kat saya suruh tunggu kat kaunter je..senang katanya. buatnya tertinggal bas lagi..sapa nak menjawab tu..nak mengejar bas, tak dayalah pulak. akak kaunter tu kata, kalo tiket bas kol 9.30 malam...kol 9.00 basnya dah ada dalam terminal..kol 9.30 tepat memang dia akan jalan terus..tak tunggu2 orang dah..tapi masalahnya, saya dok tinjau sana sini dalam kol 9 tu...takde pulak nampak kelibat bas tu..heran jugak..sedar-sedar dah terlepas..huhh!

tapi..malam tu bukan saya sorang je yang terlepas bas tu. adelah dalam 2-3 orang lagi yang terlepas bas yang sama jugak. tak tahu lah nape..takde rezeki saya nak naik bas 2 tingkat tu gamaknya..bas yang kol 10 tu...setingkat aja..tapi alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi jugak akhirnya...hehehe..

inilah pengalaman yang saya dapat..tak pernah lagi sepanjang hayat hidup saya ketinggalan bas.. saya yang meninggalkan bas selalulah..tak pulak bas meninggalkan saya..hahaha...kali ni, nasib tak baik...bas pulak tinggalkan saya ..terkapai-kapai blur macam nak nangis..hehe...





post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


11
tip
Selamat Bercuti Sayangku  




update sekejab.. sebelum langkah dijejak..

1. hari ni dah mula cuti sekolah yang panjang. bergembiralah kepada sesiapa yang akan bercuti atau pun yang sedang bercuti. mesti dah ramai yang sudah melayang di kampung masing-masing. tambah-tambah lagi..aura raya haji masih lagi terasa..hari-hari makan daging..sampai sakit semua gigi..haha..

2. saya update entri yang terakhir sebelum saya memulakan cuti yang panjang..almaklumlah dah lama tak balik. sebenarnya ada jer cerita yang nak saya ceritakan..tetapi, mood saya hilang kerana saya kini berada dalam keadaan yang kurang memuaskan dari segi kesihatannya..aldemam wal batuk laa.. :)) biasalah, musim orang demam sekarang ni kan..

3. dah lama tak update pasal entri makan-makan kan?? insyaallah, dalam cuti yang panjang ni..kalau takde hal, saya akan update pasal entri makan-makan saya yang sudah tersimpan lama tu..nasib gambarnya tak pandai basi kan..haha..tunggu sajalah bagi sesiapa yang sudi menunggu tu ye.. :))

4. okla..tu je kott..awak laa ni.. hehe





** selamat bercuti buat semua sahabat cikgu cikgi saya yang di luar sana..nampak gaya sudah ramai yang dah terbang..rasa seronok pun ada juga timbul dalam hati lebih-lebih lagi selera dah dok ngiyau-ngiyau nak makan ituu..nak makan inii..haihhh..

** awak..saya nak bercuti ni..jaga diri baik-baik..hati-hati merentas dugaan masa yang masih panjang ni dengan hati yang tenang dan jiwa yang bahagia walaupun kegelisahan dan kerumitan selalu ada menjengah dalam kelip dan kelam..sabarlah..



post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


8
tip
Kesepian Di Aidil Adha..  



yang ada hanyalah
sebuah kesepian
di aidil adha yang bergenang



di kesempatan ini...saya nak ucapkan selamat hari raya aidil adha buat semua sahabat bloggers yang selalu singgah menyapa di laman blog ini terutamanya akhi abd razak, alizan, anonymous, imanshah, insan marhaen, suara kalbu, white rose, sis linda manis, kak erna, ifa cherryberry, mama, sis idalara dan kepada yang namanya tidak saya sebutkan..maaf saya pinta tetapi jauh di lubuk hati yang paling dalam...ingin saya kuntumkan semerbak haruman bunga buat awak semua sempena raya haji pada hari ini..






** rindunya nak makan sup tulang ..sup daging...singgang daging macam tahun-tahun yang lalu di samping keluarga..tapi apakan daya, sudah suratan masih berpijak di bumi rantauan ini dengan rasa yang bercampur-baur..

** rasa sedih sebab my best friend akan meninggalkan saya sendiri di sini..ingin sekali mengikuti jejak langkahnya...tapi apakan daya..selamat tinggal sahabatku..jangan lupa aku walaupun kau sudah pergi jauh terbang ke sana..







post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


9
tip
Update Cenonet.. :)  



olololo..comelnya baby nih..hehe


update untuk hari ini ialah.. :)

1. hari ni semua orang tau result UPSR dah keluar..ke ada yang tak tahu ek? nasib badaaaannnn kalo tak tauu..kekeke..TAHNIAH buat adik-adik yang berjaya dapat 5A tu..tahniah dan syabas juga buat awak..apa yang dijanjikan untuk mereka tahun ni pulak ye?? beskal lagi ka? haha..

2. perut saya masih lagi rasa sakit. meragam sejak dari malam tadi. ni kes tak makan ke ape ntah..mengada tak nak makan..tiru awaklaa nih..teeeetttt!! :)

3. wajib update satu entry untuk hari ini kerana janjiku padamu..waaassss, mengadaaa...haha..

4. nak mintak maaf kat awak-awak yang sedang membaca entry ni..kerana ini hanyalah entry cepucemas cenonet dari saya saja..entry kosong yang ntah pape tapi sangat bererti bagi awak kan?? hehehe...

5. dah..habis..kekeke!




** kol 2.30 petang tadi baru lepas makan laksa sarawak... pagi tadi kol 8.15 pagi bersarapan dengan nasi with ikan goreng and kerabu pucuk paku. pepagi buta dah siap makan nasik bagai..macam nak turun ke lauuttt pulak ekk..hehehe..

** awak suruh saya makan..yang awak tuuu dah makan kerr??? :P



post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


4
tip
Guestbook Blog Saya  

hari ni tak tahu nak buat apa. boring sebab takleh nak tgk cite kat astro. sepi hidup sekejab astro buat hal..haha. tapi, takpa...apa nak buat, sapa suruh tak bayar kan? bukan sengaja...terlupaaaa seehh!

so..nak update blog pun, tak tau nak cerita apa. perjalanan hidup hari ini sangat perlahan. masa yang bergerak tik tok slow je..haissh, borim punya pasal..macam-macam rasa ada. tambah pulak cuaca panas sekarang nih..asyik-asyik bukak esbox minum air..dahaga seehh!!

malam tadi..terasa nak buat guestbook kat blog lak. mengada..hehe. sebenarnya nak buat lama dah guestbook ni..tapi selalu tak kesampaian. semalam baru kesampaian.so, terciptalah satu guestbook dalam blog ni. harap semua yang melawat blog saya ni sudilah sign guestbook saya tu sebagai kenang-kenangan tanda pernah hadir ke sini..cheehh.. :)

terima kasih kepada sekamar rindu, alizan, ombak baik dan kak idalara yang dah sign guestbook tu...hehe..buat yang belum sign tu, tunggu apa lagi da? haha..sila-silalah berbuat demikian...kehkehkeh..(terujes wesss) =P


inilah rupa guestbook blog saya...sign tau!!







post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


A H L A N W A S A H L A N Y A H A B E E B E E . .

MyEm0.Com
 

Design by Amanda @ Blogger Buster