Pengikut Blog

13
tip
Mee Goreng Itu Sedap Tetapi...  




hari tu saya makan mee goreng daging
saya ni jarang-jarang makan mee sebenarnya
apabila sekali sekala pekena mee goreng mcm ni
terasa macam ..alahaaaaii sedapnye
nak-nak kalo makan tima tengah panas berasap tu
perah asam limau atas tu
memang heaven..hehe

tapi mee kuning ni memang tak boleh makan selalu
bukan apa..mee kuning dipercayai mengandungi asid boric
asid boric ni digunakan untuk mee kelihatan berkilat
tahan lama dan berwarna kuning

antara produk yang mengandungi asic boric ialah
bebola ikan, kek ikan, kueutiaw dan banyak lagi
isshhh kesemuanya memang kita selalu dok makan
rupanya penuh dengan asid boric yang membahayakan kesihatan
nampaknya kena kurangkan makan produk macam ni
atau terus tak makan langsung semua tu
lagi bagus kan?
tapi itu lah, mee kuning ni mcm-mcm menu boleh buat
mee kari lah..mee goreng lah, mee tomyam lah
mee ladna lah, mee hailam lah..
so..........camne tu?? dugaan..dugaaaan sungguh!






post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


0
tip
Tanda-tanda awal kanser  

1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk
berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di
bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama,ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


A H L A N W A S A H L A N Y A H A B E E B E E . .

MyEm0.Com
 

Design by Amanda @ Blogger Buster