Showing posts with label puisi. Show all posts
Pengikut Blog
25
tip
Hari Yang Indah Dalam Bulan Februari..Tetap Kekal Selamanya!

di hari yang indah dalam februari yang dinanti
panjatan syukur seribu kasih sayang buatNya
k.e.r.a.n.a
masih mampu aku mengecapi nikmat dunia
masih mampu aku melihat gemilangnya cahaya mentari
masih mampu aku merenung kemilaunya kelip bebintang
masih mampu aku memandang redupnya warna rembulan
masih mampu aku menatap birunya wajah langit
masih mampu aku mendengar deruan si air laut
masih mampu aku melihat indahnya warna pelangi
semuanya masih mampu aku rasa dan rasa
terima kasih Ya Allah :)

terima kasih atas segalanya
teruskan kehidupan walaupun adakalanya penuh getir
dugaan demi dugaan datang silih berganti
menjadikan warna kehidupanku penuh sesak
dengan asakan gelora yang mengancam
adakalanya aku tersungkur sendiri
jatuh bangun sebuah kehidupan
hanya kesabaran dan ketabahan
menjadi penguat segala cabaran
hanya Allah mengetahui makna tersirat sebaliknya
terima kasih Ya Allah :)

hidup cuma sekali
benar kata itu
semoga di tahun ini penuh dengan kebahagiaan
menuntut sebuah kegembiraan dalam kegirangan yang panjang
tiada lagi kesedihan mahu pun gangguan
yang hanya melemahkan semangat kehidupan
semoga dengan kedatangan hari yang indah ini
mampu membuat aku tersenyum panjang
dalam melayari sebuah kehidupan yang masih bersisa
bersama selaut cinta, rindu dan kasih sayang
dengan yang tersayang
sanah helwah!

Stori Mori lagiii..
Posted in puisi, ucapan by Adinda Amy Sensei | 25 yang nak menambah
12
tip
Bintang Kejora Yang Indah Selalu..
ku pandang langit
penuh bintang bertaburan
berkelap kelip seumpama intan berlian
nampak sebutir lebih terang cahayanya
itulah bintang ke bintang
kejora yang indah selalu
penuh bintang bertaburan
berkelap kelip seumpama intan berlian
nampak sebutir lebih terang cahayanya
itulah bintang ke bintang
kejora yang indah selalu

Stori Mori lagiii..
Posted in puisi by Adinda Amy Sensei | 12 yang nak menambah
8
tip
Kekanda Pendamping Kalbu..

buat kekanda pendamping kalbu
cuba kau pandang di langit tinggi
ada satu bintang berkelip terang
bak intan berlian di malam gelita
gapailah bintang nan satu itu
selagi ianya masih tinggal di situ
andai kau terlambat sesaat
pasti bintang itu akan hilang
seiring terbitnya fajar pagi
tanpa ucap selamat tinggal

Stori Mori lagiii..
Posted in puisi by Adinda Amy Sensei | 8 yang nak menambah
5
tip
Mawar Layu Dalam Hati..
serangkai mawar
yang kau kirimkan
pada mimpi yang lalu
kini layu dalam hati

Stori Mori lagiii..
Posted in puisi by Adinda Amy Sensei | 5 yang nak menambah
9
tip
Rindu..............Tersangat Rindu..
mimpi-mimpi indah
mengunjungi hujung malam
mengetuk pintu kamar hati
mendodoi cita di peraduan
mendendang lagu-lagu hari esok
dengan suara rindu penuh kesyahduan
shhh...bicara hati kecil:
merinduimu selalu walau hanya dalam mimpi...

Stori Mori lagiii..
Posted in luahan, puisi by Adinda Amy Sensei | 9 yang nak menambah
Subscribe to:
Posts (Atom)






