Pengikut Blog

25
tip
Hari Yang Indah Dalam Bulan Februari..Tetap Kekal Selamanya!  




di hari yang indah dalam februari yang dinanti
panjatan syukur seribu kasih sayang buatNya

k.e.r.a.n.a
masih mampu aku mengecapi nikmat dunia
masih mampu aku melihat gemilangnya cahaya mentari
masih mampu aku merenung kemilaunya kelip bebintang
masih mampu aku memandang redupnya warna rembulan
masih mampu aku menatap birunya wajah langit
masih mampu aku mendengar deruan si air laut
masih mampu aku melihat indahnya warna pelangi
semuanya masih mampu aku rasa dan rasa
terima kasih Ya Allah :)




terima kasih atas segalanya
teruskan kehidupan walaupun adakalanya penuh getir
dugaan demi dugaan datang silih berganti
menjadikan warna kehidupanku penuh sesak
dengan asakan gelora yang mengancam
adakalanya aku tersungkur sendiri
jatuh bangun sebuah kehidupan
hanya kesabaran dan ketabahan
menjadi penguat segala cabaran
hanya Allah mengetahui makna tersirat sebaliknya
terima kasih Ya Allah :)



hidup cuma sekali
benar kata itu
semoga di tahun ini penuh dengan kebahagiaan
menuntut sebuah kegembiraan dalam kegirangan yang panjang
tiada lagi kesedihan mahu pun gangguan
yang hanya melemahkan semangat kehidupan
semoga dengan kedatangan hari yang indah ini
mampu membuat aku tersenyum panjang
dalam melayari sebuah kehidupan yang masih bersisa
bersama selaut cinta, rindu dan kasih sayang
dengan yang tersayang

sanah helwah!




post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


15
tip
Salam Lebaran Di Angin Lalu..  



tak lama lagi aidilfitri bakal menjelma. sebelum segalanya berlaku, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua sahabat bloggers yang disayangi..minta dimaafkan segala silap dan salah selama kita bersahabat di panggung maya ini..maaf ekk?
dan, sebelum saya meninggalkan awak semua..
saya nak bagi kad raya ni kat awak semua. bukan yang kat atas tu tau. tapi....yang ni haa..


tarraaaa..sudilah kiranya sahabat semua menerima kad raya yang tak seberapa ini dari saya. hanya inilah saja yang mampu saya layangkan sebagai tanda persahabatan kita selama ini..sekali lagi, salam aidilfitri di angin lalu buat awak semua. maaf zahir dan batin..selamat beraya!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!




cebisan kata di sini:
semoga lebaran kali ini, memberikan seribu erti buatmu. tabahlah menghadapi dugaan yang bertali arus..sesungguhnya, aku tahu kau pasti tabah..
..selamat hari raya buatmu..

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


13
tip
Salam Kemerdekaan Buatmu Malaysia  


mari menanam bunga di taman
apa ditanam dipijak jangan
mari kibarkan erti perjuangan
apa dijuang dikeji jangan

....................................

salam kemerdekaan kali ke 53
buat semua rakyat Malaysia
tanggal 31 di bulan Ogos
ia pasti menjadi sejarah

marilah kita menyambutnya
dengan jiwa yang merdeka




cebisan kata di sini:

merdekakah hatimu sedangkan badai semalam
masih menghempas lemas di dada..

post signature


Salam Sayang Kasih Berpanjangan

Stori Mori lagiii..
AddThis Social Bookmark Button


A H L A N W A S A H L A N Y A H A B E E B E E . .

MyEm0.Com
 

Design by Amanda @ Blogger Buster