Pengikut Blog

12
tip
Salam Ramadhan & Selamat Hari Lahir  


salam ramadhan sahabat semua..

alhamdulillah, hari ni sudah masuk hari yang ke doblas kita semua sebagai umat islam berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ni..moga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua. rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan 'SELAMAT BERPUASA' buat semua sahabat blogger yang masih mengingati blog ini...semoga puasa kita semua diterima olehNya..

saya mohon maaf atas segala kesilapan jikalau ada. di bulan yang mulia ini, eloklah kita semua bermaafan..jangan nak tunggu hari raya saja baru nak bermaafan bagai.sekiranya saya ada melakukan kesalahan, timbulnya kekasaran bahasa yang tidak disengajakan, mohon dimaafkan hendaknya.


*********

sejujurnya, saya mohon seribu kemaafan buat semua sahabat blogger kerana sudah lama menyepikan diri dari update sebarang cerita. bukan sengaja tetapi mood untuk blogging jadi kembang kuncup saja sejak akhir-akhir ini...dan akhirnya membuatkan perasaan saya rasa tidak senang untuk berblogging. namun begitu, saya ada juga buat lawatan ziarah mahabbah di blog kalian..teringin juga nak tahu perkembangan kalian semua walaupun kita hanya bersahabat di dunia maya..namun, hati saya gembira bila membaca blog kalian walaupun blog saya terpinggir sepi terkunci sendiri dengan seribu alasan...maafkan saya sahabat!

maka hari ini, saya kuatkan hati untuk kembali di sini..menulis sedikit kata hati buat tatapan kalian semua yang saya hormati..



terima kasih awak!

********

alang-alang saya dah update..

maka saya dengan setulus ingatan ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI LAHIR' buat seorang kawan yang hari lahirnya jatuh pada hari ini, 22 ogos.

walaupun awak tak membaca blog saya ini, tapi saya mendoakan semoga awak dan keluarga dimurahkan rezeki selalu, dipanjangkan umur dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat. maafkan segala kesalahan saya sepanjang kita berkawan pada masa yang lalu.

bila kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi


selamat hari lahir!

*******************************



p/s:
hari ni waktu berbuka posa di sini pada jam 6.49 malam..
belum fikir lagi apa yang nak dimasak..
mungkin masak yang simple saja..






cebisan kata di sini:

sesungguhnya ramadhan
selalu menggamit kenangan yang mengusik hati

post signature

AddThis Social Bookmark Button


12 yang nak menambah: to “ Salam Ramadhan & Selamat Hari Lahir

A H L A N W A S A H L A N Y A H A B E E B E E . .

MyEm0.Com
 

Design by Amanda @ Blogger Buster