Pengikut Blog

9
tip
Nasi Lemak Ayam Mat Debusss..  




salam jumaat yang barokah.. :)

hari yang pendek dan menyeronokkan. yang bestnya..dapat balik awal hoo..11 lebih dah boleh 'caucincau'..walaupun hari ni sedikit memenatkan di sekolah, namun sekejab saja..hehe

hari ni bersarapan pagi dengan nasi lemak ayam mat debusss sepertimana gambar yang saya tempek kat atas tu haa.. merah menyala sambal dia..tapi, tak pedas..bolehlah bagi sesapa yang tak suka pedas tu makan kan..saya memang suka pedas..tapi, kalo tak pedas pun..saya makan jugak..no halnye.. :)

bercerita pasal nasi lemak ni kan...amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun dan sayur-sayuran. nasi lemak sering dibekalkan kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka yang ingin membanting tulang..jangan tak tau orang singapura, brunei dan selatan thailand pun minat makan nasi lemak ni.

pendek kata..semuaaaaalah yang suka..tapi, ada juga setengah orang yang tak suka makan nasi lemak. nak jaga kesihatanlah katakan..hehe..

ada satu gerai nasi lemak saya pernah makan dulu. memang sedap meletup kebabuummlah nasi lemaknya. lauk pauk aneka macam..tapi saya selalu amik sotong atau pun ayam goreng berempah sebagai tambahan. makan panas-panas..dengan air teh ais lak..huyoo, rinduuu sehhh..nak rasa kesedapan ituu..hehe




** hari isnin nanti..dapat makan lagi nasi lemak ayam mat debuss..alang-alang ada yang nak tolong belikan, order saja guna mulut tapi bayar kendian..boleh gitu??




post signature

AddThis Social Bookmark Button


9 yang nak menambah: to “ Nasi Lemak Ayam Mat Debusss..

A H L A N W A S A H L A N Y A H A B E E B E E . .

MyEm0.Com
 

Design by Amanda @ Blogger Buster